suria

Matrade Catat Jualan RM39.63 Juta Pada Persidangan Kesihatan

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) mencatat jualan RM39.63 juta pada misi belian akan datang (IBM) yang diadakan sempena Persidangan dan Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa APHM 2015 di sini pada 15 hingga 16 Jun 2015.

Misi belian itu anjuran bersama Matrade, Kementerian Kesihatan dan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), kata Matrade dalam satu kenyataan.

"Sebanyak 268 perjumpaan perniagaan diadakan di antara 19 pembeli antarabangsa dan pengeksport peranti perubatan dan farmaseutikal Malaysia," tambahnya.

Matrade juga berkata, kebanyakan pembeli adalah dari Korea, Turki, China, India, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Vietnam, Myanmar dan Bangladesh.

Produk utama diperolehi pembeli asing termasuk perabot hospital, produk pernafasan, produk kemoterapi, kelengkapan pembedahan dan kateter.

Matrade juga dijangka mengetuai syarikat tempatan di Pameran Perubatan Thailand pada 10 hingga 12 September, CPhI Worldwide 2015 di Paris pda 13 hingga 15 Oktober dan MEDICA Dusseldorf di Jerman pada 16 hingga 19 November depan.

Matrade, Kesihatan

Artikel Lain