Rapid KL Monorail Sasar 26 Juta Penumpang Menjelang Akhir 2015

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 8:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rapid KL monorail menyasar 26 juta penumpang menggunakan perkhidmatan itu menjelang akhir tahun ini bagi mencapai rancangan untuk enam tren mengandungi empat koc mengadakan perkhidmatan menjelang akhir tahun.

Ketua Pegawai Operasi Rapid KL Monorail, yang baru dilantik, Mohd Ariffin Idris berkata tren pertama dan kedua mengandungi empat koc sudah pun memulakan perkhidmatan sejak Disember tahun lepas.

"Tren ketiga empat kos dijadual memulakan perkhidmatan menjelang minggu depan. Kita sedang menunggu lampu hijau (kelulusan) daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Tren keempat akan memulakan perkhidmatan bulan depan," kata beliau pada sidang media di depot baharu monorail di Brickfields, di sini, Sabtu.

Arrifin berkata tren kelima dan keenam mengandungi empat koc dijadual memulakan perkhidmatan menjelang suku akhir tahun ini.

"Dengan adanya tren empat koc yang berkapasiti lebih besar, Rapid KL Monorail dijangka boleh membawa lebih 70,000 penumpang sehari menjelang akhir tahun ini.

Tren baharu empat koc itu lebih aerodinamik berbanding tren (model sebelumnya) dan mempunyai skrin yang memaparkan maklumat dan destinasi. Ia akan menggantikan tren lama yang mengandungi dua koc, katanya.

"Projek pembesaran tren juga melibatkan menaik taraf semua 11 stesen monorail, kata beliau.

Dengan kapasiti maksimum 430 penumpang setiap tren berbanding 214 penumpang oleh tren mengandungi dua koc, ia boleh menampung lebih banyak penumpang dan penting semasa waktu puncak, katanya.

Dalam penstrukturan semula Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) bulan lepas, Ariffin, yang sebelum ini Ketua Penyelenggaraan bagi Prasarana Malaysia Bhd Laluan Ampang, menggantikan Abdul Hadi Amran yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) bagi LRT Laluan Ampang.

Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd, ialah pengendali Rapid KL Monorail.-- Bernama 


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan