suria

UEM Sunrise Perkenal Projek Kediaman Di Puteri Harbour

NUSAJAYA: UEM Sunrise Bhd pada Rabu mengumumkan hartanah kediaman siri 'Estuari', di sekitar kawasan Puteri Harbour, dengan nilai pembangunan kasar (NPK) RM7 bilion.

Pemangku Ketua Pegawai Pemasaran, Zadil Hanief Mohamad Zaidi, berkata tumpuan jualan projek itu adalah konsep projek kediaman yang berbeza, dalam tempoh tujuh hingga sembilan tahun.

"Terdapat sembilan hingga 10 fasa kesemuanya di atas tanah seluas 159.6 hektar. Fasa pertama adalah Estuari Garden, yang merupakan pembangunan bertanah kami yang pertama di Puteri Harbour.

"Minat pasaran akan didorong oleh hartanah kediaman bertanah di Johor," katanya kepada pemberita semasa taklimat media di sini, Rabu.

Bagi fasa pertama, yang mula dibina tahun lepas, kini mencapai kerja-kerja pembinaan 30 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2017, katanya.

Estuari Garden, terdiri daripada 350 rumah teres dua tingkat akan dibuka untuk jualan pada 5 Julai.

Terdapat empat keluasan binaan yang berbeza antara 2,708 kaki persegi dan 3,550 kaki persegi dengan harga jualan bermula RM1.395 juta.

Bagi projek kediaman lain di bawah pembangunan Estuari, syarikat itu berhasrat untuk membangunkan kediaman berkembar dua, banglo, rumah kluster, serta pangsapuri rendah.

UEM Sunrise

Artikel Sebelum

Ringgit Kembali Stabil

Artikel Lain