suria

Qatar Airways Tingkat Kekerapan KL-Doha

KUALA LUMPUR: Qatar Airways akan meningkatkan kekerapan penerbangan ke Kuala Lumpur dari Doha kepada 24 kali seminggu daripada 21 kali sekarang, bagi tempoh 2 Julai hingga 29 Ogos ini.

"Ini bagi menampung peningkatan permintaan semasa musim panas ini," kata syarikat penerbangan tersebut dalam satu kenyataan.

Syarikat juga akan meningkatkan kekerapan penerbangan di laluan lain antaranya Dubai, Jeddah, Penshawar, Serbia, Eritrea dan Djibouti.

Peningkatan kekerapan ini akan memberi lebih fleksibiliti kepada pelancong untuk memanfaatkan perkhidmatan Qatar Airways yang merangkumi jaringan global yang luas meliputi Eropah, Timur Tengah, Afrika, Asia Pasifik, Amerika Utara dan Amerika Selatan. 

Qatar Airways

Artikel Sebelum

Artikel Lain