E&O Terima Lebih 3,000 Pendaftaran Bagi Menara Kedua The Tamarind - Niaga | mStar

E&O Terima Lebih 3,000 Pendaftaran Bagi Menara Kedua The Tamarind

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 6:12 PM

The Tamarind dengan kos pembangunan kasar mencecah RM900 juta mendapat sambutan ramai.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Eastern  and  Oriental Bhd (E&O) menerima lebih 3,000 pendaftaran bagi menara kedua The Tamarind, pangsapuri eksekutif pertama dalam pembangunan perdana Seri Tanjung Pinang.

Pengurus besar pemasaran dan jualannya (Pulau Pinang), Christina Lau berkata Tower 1B, terdiri daripada 552 unit, menerima sambutan menggalakkan selepas  Tower 1A, yang dilancarkan pada Februari tahun ini, habis dijual.

"Kejayaan pelancaran menara pertama (Tower 1A) membantu menarik minat bagi Tower 1B dan juga orang ramai menyedari peluang untuk memiliki hartanah di kawasan yang menjadi tumpuan utama di Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Lau berkata, harga menarik projek itu bermula daripada RM600,000, dan disokong jenama kukuh serta rekod prestasi baik E and O merupakan antara faktor utama daya tarikan The Tamarind.

The Tamarind, pembangunan bangunan tinggi di kawasan seluas 2.8 hektar dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM900 juta, menawarkan dua blok setinggi 33 tingkat terdiri daripada 1,104 unit dengan rumah tiga bilik tidur dan dua bilik tidur dengan harga bermula daripada 1,047 kaki persegi.

Projek itu juga menandakan kali pertama pemaju hartanah tempatan bekerjasama dengan pakar kelengkapan rumah, IKEA, untuk menyediakan kelengkapan penuh unit pamerannya. -- Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan