suria

DKSH, Omron Meterai Perjanjian Lanjut Perkongsian

KUALA LUMPUR: DKSH Business Unit Healthcare (DKSH) dan Omron Healthcare Inc (Omron) memeterai perjanjian untuk mengembangkan perkongsian mereka ke Malaysia, Thailand dan dalam Vietnam.

Perjanjian itu membolehkan DKSH menyediakan perkhidmatan pemasaran, jualan, pengedaran dan logistik bagi Omron di kedai farmasi dan penjagaan peribadi di Malaysia, Thailand dan meluaskan dari segi geografi kerjasama sedia adanya di Vietnam.

"Pengguna akan mudah mendapatkan rangkaian produk Omron yang termasuk monitor tekanan darah, alat pernafasan, pengesan kecergasan dan produk-produk lain," kata DKSH yang berpangkalan di Zurich dalam satu kenyataan.

DKSH ialah penyedia perkhidmatan pengembangan pasaran utama dengan tumpuan di Asia manakala Omron ialah pengeluar dan pengedar utama produk kesihatan peribadi dari Jepun.

"Syarikat membantu memacu pertumbuhan dalaman Asia dengan mewujudkan peluang perniagaan bagi syarikat-syarikat seperti Omron di pasaran baharu dan sedia ada.

"Sebagai syarikat senaraian awam di Switzerland, rakan kongsi perniagaan kami boleh berharapkan kepada komitmen kami kepada pematuhan dan jaminan kualiti dalam seluruh rantaian nilai," kata Ketua Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan DKSH, Andrew Frye.

Sementara itu, Pengarah Urusan Omron Healthcare Singapore, Jose Maria Salazar berkata perkongsian tersebut akan membolehkan syarikat itu membangunkan dengan pantas pasaran Asia Tenggara. 

DKSH, Omron

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain