suria

Restoran 24 Jam Berhadapan Dengan Pembuangan Pekerja

Noorul Hassan

PETALING JAYA: Jika Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membuat keputusan untuk meneruskan juga dengan rancangan menghadkan waktu operasi restoran-restoran di kawasan seliaannya, sebahagian besar daripada restoran ini terpaksa mengambil keputusan drastik memberhentikan pekerja-pekerja mereka.

Menurut Persatuan Pengusaha-Pengusaha Restoran Muslim India (Presma), peraturan menghadkan operasi mereka kepada hanya 18 jam bermakna, para pengusaha 24 jam terpaksa memberhentikan begitu ramai pekerja yang selama ini berkhidmat di syif tengah malam.

Presidennya, Noorul Hassan Saul Hameed berkata, MPS bercadang untuk melaksanakan peraturan baru ini selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri nanti.

Jika ini berlaku katanya, ramai pekerja akan menganggur kerana khidmat mereka tidak diperlukan lagi.

Adalah dianggarkan sekurang-kurangnya terdapat 200 buah restoran 24 jam di sekitar kawasan Majlis Perbandaran Selayang sahaja.

Oleh hal yang demikian, Noorul Hassan merayu agar MPS menimbang kembali keputusan untuk mengubah operasi 24 jam kepada 18 jam itu kerana ia bakal menjejaskan periuk nasi begitu ramai pekerja restoran nanti.

Pihak persatuan, katanya, bersedia untuk duduk berbincang dengan pihak MPS dalam hal ini.

Artikel Lain