suria

V Maslamani Dilantik Ketua Pegawai Pematuhan Al-Rajhi Bank

KUALA LUMPUR: Al Rajhi Bank (Malaysia) telah melantik V Maslamani sebagai Ketua Pegawai Pematuhannya yang baharu.

Dalam satu kenyataan, bank itu berkata, Maslamani memiliki ijazah dalam bidang ekonomi serta perakaunan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

"Beliau adalah profesional pematuhan serta memiliki pengalaman lebih 27 tahun dalam bidang perbankan," katanya.

Menerusi 24 cawangan di Malaysia serta lebih 600 yang lain di Arab Saudi,  kehadiran Al Rajhi Bank kini turut diperluaskan ke Kuwait dan Jordan. 

Al-Rajhi Bank

Artikel Lain