AirAsia Sangkal Tuduhan GMT Research

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2015 3:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Audit AirAsia Bhd (AAB) menyangkal tuduhan penyelewengan tadbir urus korporat dan gimik perakaunan yang dibuat oleh GMT Research Ltd, sebuah firma berpangkalan di United Kingdom.

Perhatian khusus Jawatankuasa Audit ialah tuduhan perakaunan salah bagi syarikat-syarikat sekutu dan juruaudit AAB PricewaterhouseCoopers (PWC) telah dipengaruhi.

Pengerusi Jawatankuasa Auditnya V Uthaya Kumar dalam satu kenyataan hari ini berkata: "Kami, Jawatankuasa Audit, tidak akan mengulas mengenai analisis perniagaan AAB.

"Cukup hanya untuk menambah bahawa GMT, tidak akan dapat menjalankan analisis perniagaan seumpama itu, jika terdapat pendedahan tidak mencukupi dalam penyata kewangan suku tahunan dan diaudit AAB."

Kumar juga berkata AAB berpendapat jelas bahawa ia harus menyatukan syarikat-syarikat sekutunya.

Beliau berkata kumpulan itu mempunyai masa sekurang-kurangnya lebih 12 bulan, bagi mengadakan siri mesyuarat dengan PwC, penasihat guaman, pengurusan syarikat sekutu dan pengawal selia penerbangan, untuk melaksanakan penyatuan syarikat-syarikat sekutu.

Jawatankuasa Audit itu juga memberikan maklum balas terperinci menjawab tuduhan yang dibangkitkan oleh GMT berkaitan dengan AAB dan proses perakaunannya.

Kumar berkata Jawatankuasa Audit berharap kenyataan disahkan terlebih dahulu dengan pihak yang bertanggungjawab sebelum dikeluarkan dalam pasaran bagi memastikan ia tidak menjatuhkan imej AAB, Lembaga Pengarah, pengurusan dan juruaudit dengan secara tidak adil.

Tags / Kata Kunci: AirAsia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan