Saham AirAsia Meningkat Selepas Pertukaran Kepentingan Pengarah

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 11:32 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peningkatan harga saham AirAsia Bhd menjadikannya kaunter paling aktif dalam dagangan awal pagi Khamis selepas kumpulan itu mengumumkan perubahan dalam kepentingan pengarahnya.

Dalam makluman kepada Bursa pada Rabu, AirAsia berkata Ketua Pegawai Eksekutif Aireen Omar membeli 45,000 saham bernilai RM78,300 dalam syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Harga saham AirAsia Bhd mengalami penurunan pada paras terendah dalam tempoh lima tahun susulan laporan mengenai amalan perakaunan syarikat itu.

Pada 10.22 pagi, saham itu meningkat sembilan sen kepada RM1.62 selepas turun naik antara RM1.54 dan RM1.62, dengan 39.15 juta didagangkan.

Hong Leong Investment Bank (HLIB) dalam nota kajiannya berkata ia mengekalkan saranan positif ke atas AirAsia memandangkan ia yakin asas syarikat masih mantap dan pengurusan sudah menangani kebimbangan pelabur membabitkan isu-isu yang dipertikaikan.

"Keutamaan kami ialah sama ada AirAsia mampu menebus baki bayaran daripada sekutunya sebanyak RM2.7 bilion, yang meliputi pembayaran pajakan dan modal kerja," katanya.

HLIB berkata pengurusan menjangkakan dapat menebus sekurang-kurangnya RM1 bilion menjelang 2017 daripada Indonesia AirAsia (IAA) dan Philippines AirAsia (PAA).

Ini akan dilakukan menerusi pengumpulan modal saham, tawaran awam prapermulaan (IPO) menerusi terbitan bon boleh tukar daripada IIA dan PAA serta IPO untuk IAA dan PAA pada 2017.

"Kami yakin penjualan sudah berakhir, dan kekal positif ke atas prestasi AirAsia tahun ini berdasarkan rasionalisasi pasaran susulan penstrukturan semula Malaysia Airlines dan rasionalisasi laluan," kata HLIB.

HLIB mengekalkan saranan 'beli' ke atas AirAsia dengan harga sasaran pada  RM3.11.

Tags / Kata Kunci: harga saham , AirAsia Berhad

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan