suria

MAHB Menang Anugerah Hasil Kecemerlangan Pengurusan Kualiti

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdingd Bhd (MAHB) menerima Anugerah Pencapaian Kualiti 2015 daripada European Society of Quality Research (ESQR) pada majlis anugerah yang berlangsung di London pada Ahad.

Dalam satu kenyataan MAHB berkata anugerah itu merupakan perakuan ke atas kejayaannya mengurangkan jumlah laporan tidak patuh tahunan serta kecekapannya mengenal pasti risiko dan mengurusnya menerusi pemikiran berasaskan risiko.

"Anugerah ini membuktikan tahap usaha sama sedia ada yang terjalin antara pemegang kepentingan luaran dan dalaman. Kami akan terus meningkatkan tahap kualiti kami," kata Pengarah Urusannya Datuk Badlisham Ghazali.

Program perakuan tahunan oleh ESQR itu memperakui dan mementingkan keputusan perniagaan yang luar biasa, amalan terbaik, kesedaran dan pencapaian kualiti oleh syarikat dalam pasaran serantau dan antarabangsa.

MAHB mengurus dan mengendalikan 39 lapangan terbang di Malaysia dan sebuah lapangan terbang antarabangsa di Istanbul, Turki, dengan lapangan terbang di Malaysia meliputi lima lapangan terbang antarabangsa, 16 domestik dan 18 landasan terbang dan pusat pendaratan.

MAHB

Artikel Lain