Astro Sedia Runding Pembelian Konten Berikutan Penyusutan Konten - Niaga | mStar

Astro Sedia Runding Pembelian Konten Berikutan Penyusutan Konten

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 5:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berikutan penyusutan ringgit, Astro Malaysia Holdings Bhd bersedia untuk berunding mengenai pembelian konten antarabangsa daripada rakan kongsinya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Rohana Rozhan berkata, 60 peratus kos kontennya dibayar melalui dolar US.

"Kami membelanjakan kira-kira RM1.7 bilion ke atas konten antarabangsa dan tempatan setiap tahun, terutama program dan sukan antarabangsa," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini, Rabu.

Menurut Rohana, keadaan sekarang masih boleh diuruskan syarikat kerana ia mempunyai hubungan jangka panjang dengan rakan kongsi antarabangsa.

Ringgit diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar US pada sesi pagi ini pada 3.7400.

Astro telah memperuntukkan RM300 juta sebagai perbelanjaan modal tahun ini untuk infrastruktur transponder. Ia menerima tujuh transponder KU-band (frekuensi satelit) baru-baru ini.

Sementara itu, untung sebelum cukai Astro pada suku pertama berakhir 30 April 2015 meningkat kepada RM230.42 juta berbanding RM168.28 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Pendapatannya meningkat kepada RM1.33 bilion berbanding RM1.25 bilion sebelum ini, terutama disebabkan peningkatan langganan serta iklan. 

Tags / Kata Kunci: Astro
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan