suria

AirAsia, AirAsia X Menang Anugerah Skytrax

Tony Fernandes, Rafidah dan Benyamin bersama kakitangan AirAsia dan AirAsia X semasa menerima anugerah di Paris.

KUALA LUMPUR: AirAsia dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia, manakala AirAsia X dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Kos Rendah Kabin Premium Terbaik Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Tempat Duduk Premium Terbaik pada majlis Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax.

Acara itu berlangsung di Pameran Udara Paris pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes serta Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz, dan Pemangku CEO AirAsia X Benyamin Ismail hadir pada majlis itu untuk menerima anugerah.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Fernandes berkata kejayaan memenangi anugerah terbaik buat kali ketujuh berturut-turut merupakan kejayaan hebat dan syarikat penerbangan itu akan terus melakukan inovasi dalam pelbagai aspek bagi memberikan pengalaman perjalanan yang hebat.

Skytrax, penanda aras kecemerlangan syarikat penerbangan dunia, merupakan anugerah paling berprestij dalam industri penerbangan menerusi 19 juta tinjauan membabitkan 160 negara.-- Bernama

AirAsia X, Skytrax

Artikel Lain