KFC Perkenal 'Ayam Kicap Meletup' Sempena Ramadan

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 3:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat rangkaian makanan segera popular di negara ini, KFC Malaysia memperkenalkan produk terbaharu 'Ayam Kicap Meletup' sempena menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menu 'Ayam Kicap Meletup' diberi sentuhan tempatan dengan gabungan sempurna rempah 'meletup' serta disaluti dengan aroma kicap yang unik disamping dapat lebih mendekati kepada selera kegemaran rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Pemasaran Digital dan Teknologi Maklumat, KFC Malaysia, Ahmad Taufek Omar berkata, produk baharu yang diperkenalkan adalah untuk mempelbagaikan lagi produk baharu disamping dapat memenuhi citarasa pelanggan.

"Hidang baharu ini tidak membebankan pelanggan malah dengan harga lebih murah iaitu RM10.95, pelanggan mampu memiliki set kombo yang disertakan dua ketul ayam dengan hidangan sampingan nasi dan kuah 'Original Recipe' serta minuman.

"Tambah lagi, KFC turut menjanjikan kelainan kepada pelanggan terutamanya produk ini dapat dijadikan sebagai juadah berbuka puasa," katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Ayam Kicap Meletup di sini, pada Khamis.

Sementara itu, Ahmad Taufek menggalakkan orang ramai untuk tidak melepaskan peluang untuk mencuba menu terbaharu terutamanya menjelang Ramadan.

"Dengan slogan 'Sangat Meletup, Mesti Kongsi!', pastinya dapat menarik orang ramai untuk mencuba, dan lebih digalakkan dinikmati bersama keluarga tersayang.

"Selain itu, produk ini boleh didapati sehingga akhir musim perayaan bermula pada 11 Jun dan stok adalah terhad," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: KFC , Ayam Kicap Meletup

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan