Westport Sasar Tingkat Keupayaan Kendalian Kargo Kepada 13 Juta TEU: Pelabuhan Klang

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 5:06 PM

Ruben Emir Gnanalingam

(Ubah saiz teks)

WESTPORTS Malaysia menjangka dapat meningkatkan keupayaan mengendali kargo kepada 13 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) berbanding 11 juta TEU apabila siapnya Terminal Kontena 8 (CT8) menjelang pertengahan 2017.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ruben Emir Gnanalingam berkata seiring dengan pembinaan CT8, Westports turut membina laluan kontena baharu untuk kargo tempatan serta kemudahan sokongan terminal yang lain.

"Tumpuan kami sentiasa ke arah pendekatan penawaran yang didorong oleh permintaan pelanggan. CT8 akan membolehkan kami mengendalikan kapal besar di samping mengekalkan tahap produktiviti tertinggi dan semua perkhidmatan lain," kata beliau dalam ucapan semasa majlis menyambut persinggahan sulung kapal kontena paling mesra alam dan ultra besar, MV Barzan, di Terminal Kontena 7 Westports di sini, Khamis.

Majlis tersebut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Maritim Kementerian Pengangkutan Datuk Abdullah Yusuff Basiron.

Kapal milik United Arab Shipping Company (UASC) yang berkeupayaan membawa muatan 18,800 TEU itu dikatakan sebagai 'kapal mesra alam' kerana kecekapan tenaga dan bahan api.

Terdahulu pada majlis itu, Pengurus Besar Negara UASC, Desmond Yong, dalam ucapannya berkata pengiraan awal menunjukkan nilai indeks reka bentuk kecekapan tenaga kapal itu ialah kira-kira 50 peratus di bawah had 2025 yang ditetapkan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa.

"Kapal ini dijangka menetapkan satu standard baru bagi kecekapan bahan api dan tenaga disebabkan oleh reka bentuk kapal yang dioptimumkan dan pelbagai  peralatan teknologi yang cekap," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Westports , TEU , Ruben Emir Gnanalingam

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan