suria

Anugerah Pilihan Ramai iProperty.Com 2015 Tambah Lima Kategori Baharu

KUALA LUMPUR: Laman web hartanah, iProperty.com Malaysia, menambah lima kategori baharu dalam Anugerah Pilihan Ramai iProperty.com 2015, menjadikan jumlah kategori kepada 15.

Lima kategori baharu itu ialah 'Pembangunan Utara Terbaik', 'Pembangunan  Selatan Terbaik', 'Pembangunan Mampu Milik Terbaik', 'Pembangunan Waterfront Terbaik' dan 'Pembangunan Antarabangsa Terbaik'.

Tahun ini, penyertaan pencalonan bagi anugerah itu juga diperluaskan kepada pemaju luar Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Georg Chmiel berkata syarikat teruja untuk menganjurkan anugerah iProperty.com bagi tahun kedua.

"Anugerah tersebut memberi peluang kepada pelabur dan pembeli hartanah, mengiktiraf pemaju bagi pembangunan cemerlang mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Pencalonan anugerah itu terbuka kepada semua pemaju di Malaysia  mulai sekarang hingga 10 Julai, 2015. -- Bernama


iproperty, Georg Chmiel

Artikel Lain