suria

Penerbangan Domestik, Antarabangsa MAS Kekal - Mueller

SEPANG: Malaysia Airlines Bhd (MAB), mengekalkan penerbangan domestik dan antarabangsa Malaysian Airline System Bhd (MAS), namun akan memberi tumpuan ke atas struktur kos yang kompetitif bagi memenuhi  matlamat menjadi peneraju serantau menjelang 2018.

Syarikat itu juga akan mengekalkan kumpulan pesawat sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Christoph Mueller berkata, lebih 40 projek sudah dikenal pasti untuk meletakkan syarikat pada kedudukan untuk pertumbuhan akan datang termasuk merombak semula sistem teknologi dan maklumat serta menaik taraf penawaran dalam penerangan.-- Bernama


MAB, Mueller, MAS

Artikel Lain