Genting Bina Outlet Premium di Genting Highlands

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2015 5:08 PM

Antara butik yang terdapat di Johor Premium Outlets.
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Susulan kejayaan Johor Premium Outlet (JPO), Genting Group dan rakan kongsinya, Simon Property Group akan membangunkan outlet premium bernilai RM200 juta di Genting Highlands.

Dengan keluasan 600,000 kaki persegi, Genting Premium Outlet (GPO) yang pertama dibina di atas bukit di dunia, akan menempatkan 150 premis berjenama terkemuka, sekali gus membantu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai syurga beli-belah global.

Ia akan dioperasikan oleh Genting Simon Sdn Bhd dan dibangunkan dalam beberapa fasa dengan fasa pertama merangkumi keluasan 300,000 kaki persegi, dijadual siap pada 2016. 

Pengurus Besar Jean Marie Pin Harry berkata kerja tanah telah siap dan syarikat kini bersedia untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan dalam masa terdekat.

GPO yang akan dilengkapi 4,000 ruang letak kenderaan turut menyediakan medan selera.

"Dari segi pengunjung, kami menyasarkan kehadiran kira-kira empat juta orang," katanya. 

Beliau berkata fasa kedua projek akan bermula dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang dengan tambahan 40 jenama lagi bagi mengisi kawasan binaan seluas 80,000 kaki persegi. 

"Syarikat juga merancang pengembangan ketiga atau yang terakhir untuk JPO dengan pelaburan RM50 juta.

"Bagaimanapun ini akan dilaksana dalam tempoh beberapa tahun akan datang," katanya menambah syarikat merancang memiliki tiga outlet premium di Malaysia dengan yang ketiga akan dibangunkan di utara tanah air. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Genting Premium Outlet

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan