EB BSN Kini Cecah Lebih 6,000

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2015 9:49 PM

Pemenang-pemenang Anugerah Ejen Terbaik Peringkat Kebangsaan dan Anugerah Khas Transaksi Perbankan EB BSN 2014 bersama Pengurusan BSN.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Akses perbankan Ejen Bank Berdaftar (EB) Bank simpanan Nasional (BSN) kini cecah lebih 6,000 berbanding hanya 200 ketika dilancarkan pada 2012.

Ketua Pegawai Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning berkata, 98 peratus daripada 895 mukim di Malaysia kini mempunyai EB BSN dan angka itu terus meningkat pada 2014.

"Pada 2012 hanya 200 EB sahaja dan angka itu bertambah kepada 6,017 dua tahun kemudian.

"BSN kini menjadi satu-satunya bank yang memberi akses perbankan menyeluruh kepada masyarakat terutama di kawasan luar bandar dalam usaha membantu kerajaan mencapai status negara maju," katanya.

Bilangan transaksi menerusi EB BSN juga menunjukkan peningkatan daripada lebih dua juta transaksi bernilai lebih RM261 juta pada 2012 kepada 40.83 juta transaksi bernilai RM3.2 bilion pada Mei 2014.

Peningkatan EB BSN itu selaras peningkatan perkhidmatan perbankan yang ditawarkan dengan penambahan perkhidmatan pembukaan akaun Giro/Giro-i kepada lima perkhidmatan yang disediakan.

Adinan Maning berkata, peningkatan tersebut dapat membantu orang ramai di seluruh negara akses perbankan serta membantu kerajaan mencapai status negara maju.

"EB adalah inisiatif BSN dalam melaksanakan mandat kerajaan untuk memastikan rakyat dapat menjalankan perkhidmatan perbankan walau di mana berada.

"BSN akan terus menjalankan penambahbaikan bagi memastikan EB BSN kekal menjadi saluran perbankan yang dipercayai dan menjadi pilihan rakyat Malaysia," tambah Adinan lagi.

EB BSN terdiri daripada pemilik premis perniagaan runcit di seluruh Malaysia.

Dalam pada itu, seramai 18 EB di seluruh negara menerima anugerah yang meliputi tiga kategori pada Malam Angerah EB BSN yang diadakan di sini, minggu lalu.

Daripada jumlah itu, 13 EB dianugerahkan Ejen Terbaik Peringkat Negeri, tiga lagi menerima anugerah Ejen Terbaik Peringkat Kebangsaan, manakala dua EB menerima Anugerah Khas Transaksi Perbankan.

Pemenang membawa pulang hadiah berbentuk Sijil Simpanan Premium (SSP) serta pakej percutian.






Tags / Kata Kunci: BSN , EB , Adinan Maning

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan