Masalah Kewangan 1MDB Bukan Petanda Keseluruhan GLC Tertekan - Moody's

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2015 1:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu kewangan yang melanda IMalaysia Development Bhd (1MDB) bukanlah petanda bahawa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) secara menyeluruhnya tertekan, kata Moody's Investors Service.

Ia berkata, selain 1MDB, ada syarikat yang terus membayar hutang berdasarkan rekod tadbir urus yang kukuh selain mencatat keuntungan.

"Belum ada lagi jaminan yang dituntut dalam kunci kira-kira kerajaan," kata Naib Presiden Moody's Rahul Ghosh dalam laporan Moody's "Malaysia: Most Rated Entities Will Withstand External and Domestic Challenges".

Bagi syarikat korporat dan institusi kewangan lain di Malaysia, beliau berkata syarikat terbabit mampu bertahan mengharungi cabaran luar dan domestik dengan ekonomi terus berkembang pada tahap sederhana.

"Halangan yang dihadapi ekonomi Malaysia (A3 positif) termasuk harga komoditi yang rendah, nilai mata wang yang lemah serta risiko liabiliti.

"Kami menjangkakan Malaysia akan terus berdaya tahan dalam ekonomi makro, iaitu sederhana, namun masih mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang positif, kadar inflasi yang rendah dan mengekalkan lebihan akaun semasa walaupun persekitaran luar yang mencabar serta penggunaan domestik yang perlahan," katanya.

Rahul berkata, keadaan ini akan dapat memastikan agensi penarafan memberikan sokongan yang munasabah.

Laporan Moody's itu turut menyebut bahawa risiko luaran masih wujud, namun boleh diurus, dan menjangkakan persekitaran luaran terus mencabar pada suku-suku akan datang, berikutan harga minyak yang lemah dan kemungkinan dasar monetari Amerika Syarikat yang lebih ketat.

Beliau berkata persekitaran seumpama itu dijangka menjejaskan hasil Petroliam Nasional Bhd (A1 stabil), pengeluar utama minyak, tahun ini dan tahun depan.

Rahul berkata paras hutang juga berisiko meningkat bagi syarikat perladangan disebabkan Ebitda selain penjanaan tunai yang lebih rendah daripada harga minyak sawit yang lemah.

Bagaimanapun laporan itu menyebut bahawa kebanyakan entiti yang diberikan penarafan oleh Moody dapat menyerap kedudukan luar yang mencabar pada suku-suku akan datang disebabkan pendedahan rendah ke atas harga komoditi serta naik turun kadar mata wang.

Moody's menjangkakan pertumbuhan penggunaan swasta akan perlahan pada suku akan datang berikutan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada April, selain tahap hutang isi rumah yang tinggi.

"Sektor hartanah semasa yang perlahan juga menjejaskan perbelanjaan pengguna," katanya.

Namun impak ke atas pengguna yang lemah ke atas bank dan korporat dijangka tidak menyebabkan tekanan kredit utama, katanya.

Secara perbandingan, penurunan harga komoditi dan tindakan monetari yang ketat oleh Rizab Persekutuan akan memberikan kredit negatif ke atas penerbit.

Jika harga komoditi dunia, terutama minyak, meningkat dengan ketara dan kekal tertekan dalam 2015 dan 2016, Malaysia mungkin mengalami defisit akaun semasa dan fiskal berkembar dan pengaliran keluar modal.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Moody's , GLC

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan