Telco Sokong Gesaan Menteri Berhubung Kadar Lebih Rendah

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2015 3:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini menyatakan sokongan mereka terhadap gesaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung pemberian kadar lebih rendah untuk pelanggan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom Axiata Datuk Seri Shazalli Ramly berkata syarikat telah memperkenalkan pelan inovatif dan berpatutan seperti 'New Internet of Xpax' yang menawarkan Internet tanpa henti selain membenarkan pelanggan membawa data Internet yang tidak digunakan ke depan.

"Ciri bawa ke depan ini unik dan terpakai untuk semua pelan baharu dan Celcom merupakan yang pertama dan satu-satunya telco yang memperkenalkan ciri ini di negara ini.

"Selain itu, sejak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan, Celcom memberi masa berbual dan pesanan teks percuma kepada pelanggannya yang menambah nilai RM5 dan ke atas," katanya.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Perhubungan Korporat DiGi Telecommunications, Eugene Teh berkata menjadi keutamaan syarikat memastikan semua rakyat Malaysia mendapat akses Internet pada kadar berpatutan dan ia telah mengumumkan pakej serta gabungan produk bagi pelanggan yang utamakan harga.

CEO U Mobile Wong Heang Tuck pula berkata, cadangan menteri itu seiring dengan pendirian syarikat untuk menawarkan produk dengan nilai terbaik kepada pelanggan pada kadar paling berdaya saing.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Telco , Shazalli Ramly , Celcom Axiata

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan