AmIslamic Bank Dijenamakan Semula Sebagai AmBank Islamic Bhd

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 2:02 PM

Azman Hashim

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AmIslamic Bank kini dikenali sebagai AmBank Islamic Bhd.

Pengerusi Kumpulan AmBank Tan Sri Azman Hashim berkata, proses penjenamaan semula itu selari dengan penyusunan semula kumpulan AmBank, yang membolehkan kumpulan berkenaan menjajarkan kedudukan jenama perniagaan Islamnya lebih ketara dalam industri kewangan Islam.

"AmBank Islamic akan terus berpusatkan pelanggan dalam semua perkara yang kami lakukan, dan pada masa yang sama memenuhi pelbagai kehendak pelanggan kami, termasuk pelaburan, komersial, perbankan runcit atau insurans.

Kumpulan itu berkata penjenamaan semula itu juga akan meningkatkan penyelarasan penawaran konvensional dan Islam oleh institusi kewangan, memanfaatkan ekuiti jenama khusus 'AmBank'.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: AmBank Islamic Bhd , Azman Hashim

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan