suria

Star Publication Kini Star Media Group

Pengarah Urusan Star Media Group dan Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) Datuk Seri Wong Chun Wai bersama Pengerusi, Datuk Fu Ah Kiow pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan syarikat, Isnin.

PETALING JAYA: Pemegang saham Star Publications (M) Bhd meluluskan resolusi untuk menukar nama syarikat itu kepada Star Media Group Bhd.

Perubahan itu sebagai tanda transformasi ke era media digital dan kepelbagaian aset dalam kumpulan syarikat itu.

Syarikat berkenaan pada Isnin mengumumkan lima strategi yang memfokus kepada penambahbaikan tadbir urus korporat, kecekapan dan kawalan kos.

Strategi itu turut mengetengahkan hala tuju syarikat melibatkan penggunaan teknologi baharu yang akan dilaksanakan pada Jun bagi meningkatkan pendapatan pengiklanan.

The Star akan melancarkan alat Audience Interest Marketing (AIM) yang akan membantu pengiklan dengan maklumat demografik khusus bagi mencapai kumpulan sasar secara lebih berkesan.

Kaedah ini juga adalah yang pertama dilaksanakan syarikat media.

Selain itu, aplikasi telefon baharu juga akan dilancarkan dalam masa terdekat termasuk klip video berita.

Terdahulu pada sidang media, Pengerusi, Datuk Fu Ah Kiow berkata, kumpulan syarikat itu berhasrat untuk mengembangkan operasi ke pasaran Asean.

"Kami telah menjalin kerjasama dengan akhbar di negara Asean," katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan itu.

Star Media Group, Fu Ah Kiow

Artikel Lain