suria

Pembangunan D'Twist Raih Beberapa Anugerah Hartanah

KUALA LUMPUR: DK Group Properties Sdn Bhd berjaya meraih beberapa anugerah hartanah kategori Asia Pasifik, bagi projek pembangunan kediamannya D'Twist di Bandar Sunway, Selangor.

Anugerah Hartanah Antarabangsa (IPA) yang mengiktiraf projek hartanah, senibina dan hiasan dalaman terbaik di peringkat dunia, diadakan di sini, pada 8 Mei lepas.

"D'Twist disasarkan menjadi antara pembangunan kediaman tertinggi dalam kalangan negara Asean dan mercu tanda pelancongan utama di Selangor," kata Pengarah Urusan DK Group Danny Koek, dalam satu kenyataan, Ahad.

Pengiktirafan lain diraih D'Twist adalah kategori Reka Bentuk dan Binaan Hotel Baharu Terbaik, Pembangunan Pejabat Terbaik di Malaysia, Senibina Bangunan Tinggi Cemerlang Malaysia, Gabungan Senibina Campuran Cemerlang di Malaysia dan Penggunaan Pembangunan Bercampur Cemerlang di Malaysia.

D'Twist adalah mercu tanda dalam pelan induk keseluruhan DK City yang melibatkan pembangunan tiga fasa di Bandar Sunway.

Sebagai pemenang kategori Rekabentuk dan Binaan Hotel Baharu Terbaik IPA,  DK Group akan memeterai perjanjian dengan rangkaian perhotelan antarabangsa di bawah Accor Group bagi hotel mewah empat bintang baharu merangkumi 188 unit duplex dan 122 unit bilik suite hotel.

Hotel berkenaan turut menyempurnakan fasa akhir DK City yang dijangka siap sepenuhnya pada 2018.-- Bernama

Artikel Lain