suria

Shell Lubricants Lancar Pakej Produk Pelincir

KUALA LUMPUR: Shell Lubricants, anak syarikat Shell Malaysia, akan terus berkembang sebagai peneraju pasaran bagi penyelesaian pelincir kenderaan dengan pelancaran rangkaian lengkap produk dalam satu pakej bagi membantu perniagaan mengurangkan kos operasi.

Pakej terbabit merangkumi produk minyak enjin diesel tahan lasak Shell Rimula, Shell Spirax untuk gandar, minyak transmisi dan gear, serta gris Shell Gadus.

"Walaupun Gadus diperkenalkan pada 2010 dan Rimula serta Spirax berada di pasaran di sini sejak lebih 10 tahun, kami memperkenalkan kesemuanya sebagai satu pakej," kata Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Leslie Ng pada pelancaran pakej itu, di sini, Jumaat.

Beliau berkata apabila ditawarkan sebagai satu pakej, penggunaan bersama produk terbabit dapat memberi lebih nilai dari segi menurunkan kos operasi dan melanjutkan tempoh selang penyelenggaraan.

Pelancaran itu bersempena penyertaan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dalam Ekspo Trak, Bas dan Komponen Antarabangsa Malaysia 2015.

Shell

Artikel Sebelum

Artikel Lain