Malakoff Minat Beli Aset Tenaga 1MDB

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mei 2015 3:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malakoff Corporation Bhd, yang mula disenaraikan di Pasaran Utama, berminat membeli aset tenaga yang dimiliki 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang dipegang oleh unit 1MDB, Edra Energy Global Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Datuk Seri Syed Faisal Albar, berkata ia akan membeli aset tersebut jika ia diurus niagakan pada harga yang sesuai, bagaimanapun, syarikat ketika ini belum berbincang dengan 1MDB berhubung perkara itu.

"Kami sentiasa meninjau peluang untuk membeli aset tenaga, daripada mana-mana pihak termasuk 1MDB, jika ia pada harga yang sesuai, bersesuaian dengan profil kami, dan memberi pulangan yang baik yang akan memberi nilai kepada syarikat kami," katanya kepada pemberita selepas majlis penyenaraian Malakoff di Bursa Malaysia di sini, Jumaat.

Mengenai sama ada Malakoff merancang untuk mengambil alih kepentingan dalam  Edra Energy jika sahamnya disenaraikan di bursa tempatan, Syed Faisal berkata kumpulan itu tidak beroperasi sebagai 'model pelabur kewangan, tetapi lebih kepada memiliki dan mengendalikan aset tenaga'.

Edra Energy ketika ini mempunyai portfolio 15 buah stesen jana kuasa dan loji penyahmasinan di lima buah negara dengan kapasiti penjanaan kuasa bersih sebanyak 5,594 megawat. 

Tags / Kata Kunci: Malakoff , 1MDB

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan