suria

Kilang Madu Dibina Di Cendering

KUALA TERENGGANU: Koperasi Pemungut Madu Lebah Asli Terengganu (Kopemat) Berhad dengan bantuan kerajaan negeri sedang membina sebuah kilang memproses madu bernilai lebih RM100,000 di Cendering.

Ahli Jawatankuasa Kopemat, Ibrahim Ismail berkata, kilang tersebut dijangka mampu memproses 200 botol madu sehari mulai akhir tahun ini.

Beliau berkata, Kopemat memasarkan kira-kira dua tan madu bernilai hampir RM50,000 tahun lepas dan berhasrat meningkatkan pemasaran tahun ini.

Harga madu asli di Terengganu ialah antara RM50 dan RM55 satu kilogram, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, kini lebih 100 pencari madu bernaung di bawah Kopemat.

Madu boleh diperoleh di pokok di pinggar hutan seperti meranti, kapur dan jelutong.

Kopemat, Ibrahim Ismail, madu

Artikel Lain