Stok Minyak Sawit Mentah Naik 17.59 Peratus

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2015 3:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Stok minyak sawit mentah (MSM) Malaysia naik 17.59 peratus kepada 2.19 juta tan metrik pada akhir April 2015 berbanding 1.87 juta tan metrik yang dicatatkan pada Mac.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkata stok minyak sawit diproses susut 3.59 peratus kepada 923,751 tan metrik pada bulan dalam kajian.

Stok isirong sawit meningkat 27.43 peratus kepada 173,528 tan metrik manakala stok minyak isirong sawit mentah berkurangan 4.63 peratus kepada 128,271 tan metrik.

Stok minyak isirong sawit diproses naik 20.44 peratus kepada 126,859 tan metrik manakala stok dedak isirong sawit menambah 20.81 peratus kepada 278,712 tan metrik, katanya.

Menurut MPOB, pengeluaran MSM pada April meningkat 13.26 peratus kepada 1.70 juta tan metrik berbanding 1.49 juta tan metrik pada bulan sebelumnya.

Pengeluaran isirong sawit naik 14 peratus kepada 432,429 tan metrik, manakala pengeluaran minyak isirong sawit mentah menambah 3.41 peratus kepada 182,114 tan metrik manakala pengeluaran dedak isirong sawit meningkat 3.79 peratus kepada 201,278 tan metrik, katanya.

Eksport minyak sawit pula, kata MPOB, susut sedikit kepada 1.175 juta tan metrik, turun 0.59 peratus pada April berbanding 1.182 tan metrik pada Mac 2015.

Eksport biodiesel kurang 77.44 peratus kepada 186 tan metrik berbanding bulan sebelumnya, katanya.

MPOB berkata import MSM pada April meningkat 118.49 peratus kepada 29,489 tan metrik manakala stok minyak sawit diproses menambah 9.45 peratus kepada 30,729 tan metrik berbanding pada Mac.

Tags / Kata Kunci: Minyak Sawit Mentah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan