Indonesia Minat Sertai Projek Bandar Getah Kedah - Mukhriz

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 4:58 PM

Mukhriz Mahathir

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Selepas Thailand, Indonesia kini menunjukkan minat untuk mengambil bahagian dalam projek Bandar Getah yang dirancang diwujudkan di Padang Terap, Kedah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir memberitahu Bernama, minat berkenaan dinyatakan semasa Sidang Kemuncak Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) di sini, Selasa.

Sidang kemuncak itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri rakan sejawatannya dari Thailand, Jeneral Prayuth Chan-Ocha dan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Mukhriz berkata, Indonesia telah mencadangkan agar projek berkenaan menjadi sebahagian daripada kawasan Koridor Getah yang lebih besar yang akan 'menghubungkan' ketiga-tiga negara terlibat.

"Ini merupakan idea menarik yang mungkin boleh dikaji secara mendalam," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri kini dalam proses mendapatkan kawasan seluas kira-kira 665 hektar di Padang Terap berhampiran sempadan Thailand-Malaysia, yang telah dikenal pasti sebagai projek Bandar Getah.

Di bawah projek berkenaan, sebuah kawasan perindustrian akan diwujudkan yang memberi tumpuan kepada getah sebagai bahan mentah bagi pengeluaran tayar, sarung tangan dan produk lain yang mempunyai nilai tambah.

Mukhriz menjangka perancangan dan peringkat pembangunan projek akan bermula dalam masa dua tahun dan akan melibatkan pelaburan sektor swasta.

"Pada masa ini kami hanya meninjau infrastruktur. Kos sebenar (untuk projek) akan banyak bergantung kepada pelaburan sektor swasta," katanya.


iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan