Best Western Di I-City Sasar 80 Peratus Kadar Penginapan

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2015 6:30 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Hotel Best Western yang baru dilancarkan di i-City, ultrapolis pegangan bebas seluas 29.14 hektar di sini, dijangka mencatat 80 peratus kadar penginapan menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Pengerusi I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew berkata, hotel itu yang mempunyai nilai pembangunan kasar RM50 juta, akan menawarkan keselesaan, kemudahan dan kesambungan optimum untuk pengunjung perniagaan dan percutian ke  i-City.

"Best Western yang mempunyai 216 bilik di i-City akan menjadi hotel tiga bintang pertama kami bagi menampung pengunjung perniagaan dan percutian di Shah Alam," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hotel Best Western di i-City oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Dr Ong Hong Peng di sini, Isnin.

Hong Chew berkata, I-Berhad telah melabur hampir RM700 juta untuk membina tiga hotel di i-City, termasuk Best Western dan Hilton, dengan kapasiti 1,000 bilik.

Menurutnya, i-City akan mempunyai hotel empat bintang pertamanya yang diuruskan Hilton Worldwide menjelang 2018. 

Hong Peng dalam ucapannya berkata, hotel itu akan memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada ekonomi negeri Selangor melalui pembukaan peluang pekerjaan dan pendapatan pelancongan.

Sementara itu, Pengarah Operasi Serantau Best Western International, Rodney Simpson berkata, perkembangan pesat pengendali hotel itu di Malaysia akan berterusan dengan penambahan hotel mewah baharu di Genting Highlands dan Kota Kinabalu.

Tags / Kata Kunci: Hotel Best Western , i-City , Eu Hong Chew

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan