Amanah Harta Tanah PNB Akan Beli Aset RM240 Juta

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2015 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Amanah Harta Tanah PNB (AHP) akan membeli sebidang tanah komersial berkeluasan 5.35 hektar, termasuk sebuah pusat beli-belah dan pasar raya besar tiga tingkat milik Mydin Mohamed Holdings Bhd di Negeri Sembilan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AHP berkata cadangan pembelian itu akan meningkatkan strategi pengambilalihannya untuk memberi pulangan pendapatan kepada pemegang saham selain meraih keuntungan daripada pertumbuhan modalnya.

Syarikat pelaburan amanah hartanah itu berkata ia akan mengemukakan permohonan pinjaman bank sebanyak RM125 juta bagi pembelian aset berkenaan manakala RM115 juta akan dikumpul menerusi cadangan terbitan haknya.

Ini termasuk terbitan 120 juta unit hak pada asas enam unit hak bagi setiap lima unit sedia ada dalam AHP.

"Harga terbitan unit itu akan ditetapkan pada satu tarikh kemudian," katanya.

Menurutnya, penyenaraian serta sebut harga unit hak itu akan dapat diselesaikan pada suku ketiga tahun ini.

Tags / Kata Kunci: Amanah Harta Tanah , PNB

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan