Produk Baharu KFC Naikkan Jualan 30 Peratus

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 2:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Restoran rantaian makanan segera KFC Malaysia menjangkakan produk terbaharunya, Butter Garlic Grunch Chicken dan Butter Garlic Burger akan menaikkan jualan.

Ketua KFC Pemasaran Digital dan Teknologi Maklumat, Ahmad Taufek Omar berkata syarikat itu menjangka, jualan akan meningkat sebanyak 30 peratus.

"Kami telah membelanjakan kira-kira RM4 juta untuk produk terbaharu ini bagi tujuan iklan di TV dan radio, media dalam talian dan juga bahan-bahan untuk promosi.

"Berdasarkan maklum balas positif daripada para pelanggan, kami percaya penambahan baharu ini akan dapat menyumbang kepada jualan syarikat," katanya dalam taklimat media di sini, Rabu.

Butter Garlic Crunch Chicken yang dijual dalam kombo belanja bernilai termasuk nasi dan minuman ringan dijual serendah RM6.95, manakala Butter Garlic Burger dijual secara a la carte pada harga RM8.40 mulai hari ini.

Ahmad Taufek memberitahu, syarikat itu, yang bernaung di bawah QSR brands(M) Holdings Sdn Bhd, merancang untuk membuka 20 lagi restauran tahun ini.

QSR merupakan pemberi francais ke atas 750 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei, India dan Kemboja. 

Tags / Kata Kunci: KFC , QSR

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan