Perodua Anjur Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Myvi Pada Mei

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 7:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta nasional kedua, Perodua menganjurkan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Myvi di Setia Alam City Mall, Shah Alam pada 23 dan 24 Mei ini untuk meraikan kejayaan model ikonik itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, sempena sambutan tersebut, Perodua meminta semua pemilik dan/atau pemandu Myvi berkumpul bagi "Myvi Nation, the Biggest Myvi Gathering" di lokasi sama pada 24 Mei.

Untuk menyertai acara itu, pemilik dan/atau pemandu Myvi perlu mendaftar di laman web Perodua, www.perodua.com.my mulai Selasa hingga 10 Mei dengan fi minimum RM50.

Peserta perlu membawa Myvi mereka ke acara tersebut untuk menerima sijil dan  pek hadiah bernilai RM400 serta turut berpeluang untuk memenangi kereta Myvi edisi khas sempena ulang tahun ke-10.

"Kami amat gembira untuk meraikan pencapaian penting ini dengan pelanggan kami," kata Aminar Rashid, sambil menambah sebagai tanda penghargaan, Perodua menjemput orang ramai menyertai acara selama dua hari itu yang terdapat pelbagai acara, termasuk permainan, filem, konsert dan pertunjukan bunga api telah diatur.

Dilancarkan pada Mei 2005, Myvi merupakan model paling laris di negara ini dengan 830,000 buah unit telah dijual setakat ini. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Myvi , Perodua , Setia Alam City Mall

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan