MRT Capai 61.9 Peratus Tahap Kemajuan Pembinaan

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 3:52 PM

Ahmad Phesal (tiga dari kanan) dan Shahril (empat dari kanan) memeriksa situasi di terowong yang siap.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Projek pembinaan projek Mass Rapid Transit (MRT) kini mencapai tahap kemajuan 61.9 peratus, kata MRT Corp.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata kerja pembinaan terowong telah pun siap sepenuhnya manakala kerja bawah tanah, termasuk pembinaan stesen, mencapai kemajuan 76 peratus, melebihi jangkaan awal pada tahap 74 peratus.

"Ini (tahap kemajuan) berjaya dicapai hasil kecekapan kerja serta jalinan  kerjasama sesama pekerja," katanya kepada pemberita selepas majlis peringatan penyempurnaan kerja pembinaan terowong, di sini, Selasa.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Shahril berkata, kerja pembinaan MRT dari Sungai Buloh ke Jalan Semantan, dijangka siap pada hujung tahun depan, manakala kerja pembinaan dari Jalan Semantan ke Kajang dijangka siap pada Julai 2017.

Sementara itu, MRT Corp akan mengadakan paparan awam selama tiga bulan untuk projek MRT fasa kedua bermula pertengahan bulan depan di 15 lokasi terpilih.

Katanya, MRT Corp menjangkakan akan memperoleh kelulusan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat untuk pembinaan projek berkenaan yang merangkumi perjalanan dari Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya beberapa bulan selepas paparan awam, dengan kerja pembinaan dijangka bermula pada suku pertama tahun depan.

Sementara itu, Ahmad Phesal berkata MRT mampu memacu Kuala Lumpur untuk menjadi bandar bertaraf dunia.

Kata beliau, MRT mampu meningkatkan penggunaan pengangkutan awam yang akan mendatangkan pelbagai manfaat, khususnya menjimatkan perbelanjaan, mengurangkan kesesakan lalu lintas dan risiko kemalangan di jalan raya.

"Oleh itu, projek MRT sebagai pengangkutan awam bertaraf dunia akan memberi banyak manfaat kepada orang ramai di Lembah Klang, yang dijangka mampu menjadi penyelamat kepada masalah kesesakan lalu-lintas," katanya.

Beliau berkata, kawasan permukaan bagi laluan MRT bawah tanah boleh digunakan untuk pembangunan lain, sekali gus memaksimumkan manfaat kepada penduduk.

MRT yang menggunakan ruang yang minimum lebih mesra pengguna dan dapat mengurangkan pencemaran alam, sekali gus mewujudkan bandar yang lebih lestari.

MRT fasa pertama sepanjang 51 kilometer dari Sungai Buloh ke Kajang menyediakan 31 stesen dan mampu memberi perkhidmatan kepada 1.2 juta pengguna  di sepanjang laluan. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: MRT , Shahril Mokhtar , Jalan Semantan

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan