Syarikat Malaysia Sertai Ekspo Makanan Laut Dunia, Perluas Pasaran Ke EU

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 5:22 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan lapan syarikat yang berpangkalan di Malaysia, menyertai Ekspo Makanan Laut Global (SEG) di Brussels, Belgium, selama tiga hari bagi mengembangkan penguasaan pasaran makanan laut Malaysia ke Kesatuan Eropah.

Penasihat (Atasi Pertanian) di Pejabat Perwakilan Pertanian Malaysia di The Hague, Ahmadul Mokthar Mohd Hayani berkata syarikat terbabit mempamerkan produk dan makanan laut sejuk beku yang sudah diproses seperti udang, sotong dan ikan tilapia, untuk meneroka sektor perikanan dan akuakultur Eropah yang meningkat kepada kira-kira 20 bilion Euro tahun lepas.

"Ekspo itu merupakan tempat yang berkesan untuk mempromosi produk negara dan pada masa yang sama memperluas penguasaan pasarannya," katanya kepada Bernama, Selasa.

SEG yang sebelum ini dikenali sebagai Ekspo Makanan Laut Eropah, diiktiraf sebagai pameran makanan laut terbesar dengan penyertaan lebih 2,000 peserta dari 145 negara.

Tahun lepas, eksport makanan laut Malaysia ke pasaran Kesatuan Eropah berjumlah RM62.73 juta (15.68 Euro).

"Produk Malaysia mempunyai pasaran yang baik di Eropah. Ini terbukti tahun lepas apabila nilai eksport ke Kesatuan Eropah meningkat sebanyak 21.74 peratus (RM62.732 juta) berbanding tahun sebelumnya berjumlah RM51.531 juta," katanya.

Produk makanan laut Malaysia kini boleh didapati di 80 negara, dan pasaran makanan laut Malaysia menjana pendapatan tahunan lebih daripada RM6  bilion.

Ahmadul Mokthar berkata esok, syarikat Malaysia akan menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat Belgium dan Belanda untuk memenuhi permintaan produk makanan laut berkualiti di pasaran Eropah.

Menerusi MoU pertama antara Trapia Malaysia Sdn Bhd dengan Queens dari Belanda dan Colruyt Group (Belgium), produk tilapia sejuk beku bernilai kira-kira RM10.80 juta setahun, dijangka memasuki pasaran Belanda dan Belgium, katanya.

Memorandum kedua antara SBH Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd dan Nautilus SRL, membabitkan pengeksportan udang Malaysia ke Itali, dengan anggaran nilai RM182.50 juta setahun, katanya.-- Bernama  



iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan