CIMB Cadangkan Kumpul Saham SapuraKencana

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 1:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: CIMB Research mencadangkan pelabur mengumpul saham SapuraKencana Petroleum, dengan berkata tempahan besar bernilai RM25.7 bilion, serta nisbah hutang yang baik dalam pasaran antarabangsa memberikannya kelebihan berbanding saingannya.

Dalam satu kenyataan, Isnin, firma penyelidikan itu berkata, saham berkenaan yang dijangka dimasukkan semula dalam senarai Syariah Suruhanjaya Sekuriti bulan depan, memberikannya nilai tambahan.

CIMB Research berkata kapal sokongan pemasangan paip (PLSV) SapuraKencana,  Onix, sudah sedia ditugaskan di perairan Petrobras di Brazil dalam tempoh sebulan.

Ia berkata, seperti dua PLSV terdahulu, Diamante dan Topazio, Onix juga diserahkan lebih awal.

"Kami menjangkakan peningkatan kukuh keuntungan bersih daripada operasi di Brazil berikutan lebih banyak PLSV digunakan," katanya dalam nota kajiannya hari ini.

Diamante dan Topazio, yang memulakan operasi pada Jun dan September 2014, digunakan pada purata 99 peratus, kata CIMB Research dan menambah pembayaran bulanan daripada Petrobras juga berjalan lancar mengikut masa yang ditetapkan.

Unit SapuraKencana di Brazil, Sapura Navegacao, usaha sama 50:50 antara  SapuraKencana dan Seadrill, memiliki dua kontrak dengan Petrobras.

"Kami menjangkakan sumbangan keuntungan bersih daripada 50 peratus penguasaan SapuraKencana dalam Sapura Navegacao akan meningkat berbanding RM17 juta pada tahun kewangan 2015 (FY15) kepada kira-kira RM50 juta pada FY16 dan RM150 juta pada FY17 memandangkan lebih banyak PLSV akan digunakan.

"Pembinaan PLSV keempat, Esmerelda, kini siap 80 peratus," kata CIMB Research.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: CIMB , SapuraKencana , PLSV

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan