suria

AirAsia Tambah Penerbangan ke Manila, Banda Aceh

KUALA LUMPUR: AirAsia akan menambah kekerapan penerbangannya bagi laluan Kuala Lumpur-Manila (MNL) daripada dua kali kepada tiga kali sehari, begitu juga bagi laluan Kuala Lumpur-Banda Aceh (BTJ) daripada penerbangan harian kepada 10 kali seminggu.

Kekerapan tambahan ke Manila akan bermula 12 Julai, 2015 manakala bagi Banda Aceh pada 16 Julai, kedua-duanya dikendalikan oleh AirAsia Bhd dengan kod penerbangan AK, menurut syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sempena penambahan kekerapan itu, AirAsia akan menawarkan promosi istimewa dengan semua-dalam-harga tambang serendah RM216 sehala dari Kuala Lumpur ke  Manila bagi kesemua tempahan yang dibuat bermula 20 hingga 26 April untuk perjalanan dalam tempoh 22 April hingga 30 Sept, 2015.

Semua-dalam-harga tambang serendah RM119 sehala turut ditawarkan bagi penerbangan Kuala LumpurBanda Aceh, dan tempahan bermula 20 hingga 26 April bagi perjalanan 16 Julai hingga 30 Sept, 2015.

AirAsia turut menghubungkan Malaysia dengan Filipina melalui penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Clark dan Kalibo - pintu masuk ke Boracay, serta ke  Cebu dengan penerbangan tiga kali seminggu.

Penumpang dari Kota Kinabalu, Sabah boleh menuju ke Manila dengan penerbangan harian, dan Cebu dengan penerbangan empat kali seminggu.

Sementara itu, AirAsia mengendalikan penerbangan lebih daripada 250 kali seminggu menghubungkan Malaysia dan Indonesia meliputi 16 bandar di seluruh Nusantara.

Penerbangan terus ditawarkan dari pelbagai hab di Malaysia iaitu dari Kuala Lumpur, Johor Baharu, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu ke Balikpapan, Bandung, Bali, Lombok, Jakarta, Medan, Banda Acheh, Jogjakarta, Padang, Palembang, Pekanbaru, Pontianak, Semarang, Solo, Surabaya, dan Makassar.

AirAsia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain