Kenanga Group-Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Jalin Usaha Sama

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 12:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: K and N Kenanga Holdings Bhd (Kenanga Group) menjalin kerjasama dengan Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE), organisasi antipenipuan terbesar di dunia bagi meningkatkan pengetahuan mengenai antipenipuan serta pensijilan dalam kalangan pekerja.

Ia juga bertujuan untuk memacu tahap tadbir urus korporat yang lebih tinggi selain kawalan dalaman yang lebih mantap.

"Kenanga serius melaksanakan peranannya dalam memerangi penipuan kerana ia  merupakan kunci penting dalam mengekalkan keyakinan teguh keseluruhan pelabur terhadap sistem kewangan," kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Chay Wai Leong menerusi satu kenyataan.

Kumpulan Kenanga berkata perkongsian itu menjadikannya syarikat pertama di Asia Tenggara yang menjadi rakan ACFE.

Ketua Pegawai Kawal Selia Kumpulan Maheswari Kanniah dipetik berkata dalam kenyataan itu bahawa sebagai ahli ACFE, syarikat itu mahu menyediakan platform tambahan kepada pekerjanya untuk mengakses perkakasan, program latihan, amalan terbaik dan rangkaian profesional sealiran mengenai isu berkaitan penipuan dengan memanfaatkan pusat sumber ACFE.

"Kami percaya menerusi kesedaran mengenai budaya yang betul, ia mampu menjadi acuan bagi setiap organisasi dalam mencegah salah laku dan mengurangkan risiko penipuan," kata Maheswari.

Kenanga Group ialah syarikat pegangan bank pelaburan persendirian terbesar di Malaysia berdasarkan jumlah dagangan ekuiti dan nilai.

Ia juga adalah antara tiga firma pembrokeran yang memiliki rangkaian terbesar remisier di negara ini.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Kenanga Group , ACFE , Maheswari Kanniah

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan