suria

Eco World Akan Beli Tanah Di Batu Kawan Daripada PDC

KUALA LUMPUR: Eco World Development Group Bhd akan membeli 190.2 hektar tanah pegangan pajak di Batu Kawan daripada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan harga RM730.93 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis, pemaju hartanah itu berkata pembelian tersebut adalah bagi pembangunan hartanah kediaman dan komersial.

"PDC juga meluluskan pajakan tanah Eco World seluas 60.7 hektar bagi tempoh 30 tahun dengan pilihan pembaharuan 30 tahun lagi.

"Tanah itu adalah bagi pembangunan lapangan golf standard antarabangsa dengan minimum 18 lubang dan rumah kelab, bagi anggaran pertimbangan pajakan  RM65.34 juta," kata Eco World.-- Bernama

Eco World, Batu Kawan, PDC

Artikel Sebelum

BMW Kurangkan Harga Kenderaan

Artikel Lain