Samsung Lancar Pencetak Berkuasa Android Pertama Dunia

Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 6:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics melancarkan mesin pencetak Siri MX4 berkuasa Android yang pertama seumpamanya di dunia.

Pencetak Pelbagai Fungsi (MFP) berharga RM6,499 hingga RM47,500 seunit, menampilkan skrin sentuh panel Android bersaiz 10.1 inci tanpa perlu disambungkan dengan komputer peribadi (PC).

"Seiring tumpuan kami menghasilkan penyelesaian mesin pencetak yang serasi ekosistem pejabat serba pintar, siri ini turut menampilkan ciri unik teknologi Samsung Smart UX Center yang mana operasi itu dapat dijalankan tanpa penggunaan PC serta skala aplikasi yang mesra pengguna iaitu User-Interface (UI)," kata Ketua Jualan dan Bekalannya, Gan Ta Loong.

Siri mesin pencetak itu mengetengahkan 10 model baharu daripada empat kategori berbeza termasuk X4300 bagi warna A3, siri K4350 bagi warna Monokrom A3 dan M5370 serta M4580 bagi Monokrom A4.

"Ini adalah langkah pertama bagi Samsung memperkenalkan pencetak berasaskan  Android yang mana ia sesuatu yang baharu bagi siri MX4 berbanding menaik tarf daripada mesin sedia ada," katanya.

Siri pencetak itu akan turut meningkatkan kecekapan perniagaan pelanggan dan produktiviti selain pemprosesan dokumen dengan lebih pantas iaitu 1.5 kali lebih laju berbanding unit pemprosesan pusat sebelum ini.

Samsung Smart UX Center adalah teknologi khas sesentuh UK yang turut dilengkapi dalam siri gajet telefon pintar dan tablet Samsung Galaxy.

Tags / Kata Kunci: Samsung , MX4

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan