suria

Firefly Tingkat Kekerapan Penerbangan Laluan Pulau Pinang - Kota Baru

KUALA LUMPUR: Firefly akan meningkatkan kekerapan penerbangan bagi laluan Pulau Pinang - Kota Baru kepada dua kali sehari mulai 1 Mei hingga 24 Oktober ini bagi memenuhi permintaan.

Penerbangan tambahan berkenaan akan menyaksikan jumlah penerbangan mingguan meningkat daripada tujuh kepada 14 manakala tempat duduk mingguan daripada 1,008 berbanding 2,448.

Dalam kenyataan pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Ignatius Ong berkata langkah berkenaan diambil seiring dengan inisiatif Tourism Malaysia untuk mempromosikan pelancongan domestik.

Maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan boleh didapati dengan melayari www.fireflyz.com.my atau menghubungi +6(03)78454543.

Firefly

Artikel Sebelum

Artikel Lain