Ekonomi Malaysia Diunjur Tumbuh 4.7 Peratus Tahun Ini

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 4:11 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka memperlahan kepada 4.7 peratus bagi 2015 sebelum kembali normal kepada lima peratus pada 2016, manakala kedudukan akaun semasa kekal dalam lebihan kecil.

Dalam Laporan Ekonomi Asia Timur dan Pasifik Dikemas Kini yang dikeluarkan hari ini, Bank Dunia berkata, kejatuhan harga minyak akan melembabkan pertumbuhan disebabkan penangguhan perbelanjaan modal dalam sektor minyak dan gas, pemacu utama dalam ledakan pelaburan baru-baru ini.

"Penggunaan swasta akan menyederhana disebabkan langkah-langkah kredit lebih ketat dan kesan kecil daripada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan sebelum melantun semula pada 2016.

"Inflasi dijangka naik sedikit sekalipun mencatatkan bacaan rendah untuk separuh pertama memandangkan kejatuhan harga minyak dicerminkan seluruh ekonomi," katanya.

Bank Dunia berkata, kedudukan akaun semasa dijangka menguncup walaupun ada kemungkinan meningkat jika pertumbuhan eksport pembuatan mengekalkan momentum suku keempat.

Ia berkata, penyusutan seterusnya dalam harga minyak merupakan risiko utama bagi pertumbuhan jangka terdekat, fiskal dan akaun luaran.

Risiko lain termasuk kelemahan ekonomi global yang akan melembabkan permintan eksport, membawa ketidaktentuan baharu aliran modal dan merealisasikan liabiliti luar jangka yang meningkat sejak krisis kewangan global, katanya.

Bank Dunia berkata prospek ekonomi yang menggalakkan akan menyokong pendapatan isi rumah keseluruhan.

Bank itu juga berkata ekonomi Malaysia mengembang enam peratus pada 2014 manakala kadar kemiskinan terus berkurang.-- Bernama


iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan