Celcom Perkenal Khidmat Kirim Wang Menerusi Telefon Bimbit

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 2:45 PM

CEO Celcom Axiata Bhd, Datuk Seri Mohammad Shazalli Ramly (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan Merchantrade Asia Sdn Bhd, Ramasamy Veeran (dua dari kanan) pada pelancaran "DOOWIT", Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd kini memberi peluang kepada  pelanggannya untuk memanfaatkan telefon bimbit mereka bagi tujuan kiriman wang menerusi perkhidmatan dikenali 'Doowit.'

Syarikat telekomunikasi itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia antara lainnya membolehkan khidmat kiriman wang secara pantas, selamat dan mudah menggunakan telefon bimbit dari pelbagai lokasi serta pada bila-bila masa.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, pelanggan tidak seharusnya ragu-ragu kerana perkhidmatan kewangan itu selamat digunakan mereka, khususnya pekerja asing yang berdepan kekangan masa dan waktu kerja yang tidak menentu.

"Menerusi 'Doowit' pelanggan dapat mengelak prosedur kaedah konvensional di kaunter seperti perlu beratur panjang berjam-jam lamanya.

"Perkhidmatan baharu ini kini disediakan di 46 premis terpilih Blue Cube di seluruh negara dan akan turut ditawarkan secara berperingkat-peringkat menerusi saluran Celcom Xclusive Partners," katanya.

Zalman berkata, untuk menggunakan perkhidmatan itu, pelanggan perlu mendaftar menerusi telefon bimbit mereka.

Pengirim dan penerima wang kiriman itu akan menerima makluman sistem pesanan ringkas (SMS) sebaik transaksi mereka selesai.

'Doowit' turut menawarkan kadar tukaran wang serba kompetitif serta caj kiriman wang yang minimum iaitu serendah RM7.50 dan tertakluk kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).-- Bernama 

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan