Plaza Low Yat Raih RM5 Juta Hasil Karnival ICT

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 3:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: LYC Mall Sdn Bhd yang juga pengendali Plaza Low Yat, berjaya mencatat jualan memberangsangkan RM5 juta menerusi acara dwitahunan Karnival Jualan Penghabisan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang berakhir pada 29 Mac lepas.

Menurut Pengurus Besar Hartanah dan Operasinya, Michael Lee, karnival itu ternyata memberi pulangan lebih tinggi kepada 600 penyewanya berbanding jualan RM3.5 juta yang diraih pada karnival diadakan November lepas.

Katanya, walaupun pihaknya menjangkakan hasil jualan lebih rendah berikutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), penggunaan produk ICT itu sebaliknya diunjur stabil pasca tiga bulan pelaksanaan cukai berkenaan.

"Jualan produk ICT terbukti tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini hasil hasil kemasukan telefon pintar. Malah, 40 peratus hasil jualan syarikat kami disumbangkan segmen telefon pintar.

"Orang ramai akan terus mahukan gajet dan teknologi baharu yang membawa kepada peningkatan permintaan produk terkini.

"Pihak kami menjangkakan hasil jualan akan kembali normal selepas tiga bulan (pelaksanaan CBP)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan hadiah utama bersempena penganjuran karnival berkenaan, di sini, Sabtu.

Karnival bertemakan 'Pesta Keriangan' itu menarik sejumlah 28,000 penyertaan berbanding 16,000 orang, tahun lepas.

Tags / Kata Kunci: Low Yat

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan