suria

Shell Malaysia Akan Bina Makmal Huluan O&G Terbesar Di Sarawak

MIRI: Shell Malaysia mula membangunkan makmal terbesar minyak dan gas (O&G) huluan di Sarawak untuk aktiviti penerokaan dan pengeluaran laut dalam.

Makmal itu akan beroperasi pada akhir 2016.

Pengurus Besar Sarawak Shell Bhd, Chok Chee Tsong berkata, bangunan baharu itu membuktikan komitmen syarikat untuk terus melabur dalam industri O&G di Sarawak dan di Malaysia.

Beliau berkata demikian pada majlis pecah tanah bangunan itu oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal), Datuk Len Talif di sini, Selasa.

Chok berkata apabila siap, makmal itu akan dilengkapi kemudahan moden termasuk peralatan analitikal berteknologi tinggi.

"Ia juga akan dilengkapi keupayaan untuk menganalisis lebih daripada 50 parameter analitikal untuk siasatan sampel, kawalan kualiti produk jualan, mengoptimumkan pengeluaran, selain menyediakan pelaporan pembinaan dan perundangan.

"Makmal baharu ini juga menyediakan sokongan kepada operasi dan projek rakan usaha sama, termasuk Petronas Carigali dan penggiat O&G yang lain," katanya.

Shell Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Lain