AirAsia BIG Fixed Points Tawar Pelbagai Ganjaran Menarik - Niaga | mStar

AirAsia BIG Fixed Points Tawar Pelbagai Ganjaran Menarik

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 4:03 PM

(Ubah saiz teks)

KELANA JAYA: Pemegang kad keahlian BIG Shots kini boleh menebus tiket penerbangan secara percuma menerusi AirAsia BIG Fixed Points yang dilancarkan pada Selasa.

Menerusi program AirAsia BIG Loyalty, penebusan tiket penerbangan itu terbuka kepada semua destinasi mengikut durasi penerbangan dan jumlah mata ganjaran yang terkumpul.

Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad, Datuk Kamaruddin Meranun berkata, mata ganjaran boleh dikumpul melalui pembelian di mana-mana syarikat rakan kongsi BIG Loyalty termasuk petrol, tambah nilai telefon dan sebagainya.

"BIG Fixed Points bermula dari 4,500 mata bagi penerbangan yang kurang dari satu jam sehingga 30,000 mata bagi penerbangan yang melebihi enam jam.

"Disamping tambang rendah yang sedia ada, kami mencari jalan baharu untuk memudahkan pengguna terutamanya ahli BIG Shots menikmati penerbangan percuma tanpa mengenakan sebarang bayaran, malah turut diberikan pelbagai ganjaran," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran AirAsia BIG Fixed Points di sini, pada Selasa.

Tambah lagi, pengguna juga diberi kelonggaran menggunakan wang tunai untuk menebus mata ganjaran BIG sekiranya tidak mencukupi untuk setiap penerbangan yang diimpikan, malah dapat menikmati tawaran terhebat bagi destinasi baharu dan kempen penebusan istimewa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG, Alice Goh pula berkata, AirAsia BIG turut menganjurkan kempen penebusan istimewa di mana setiap ahli akan diberi ganjaran penerbangan percuma dari 8 sehingga 10 April 2015.

"Kempen eksklusif ini terbuka kepada semua pemegang kad BIG Shots dan tertakluk kepada 50 ahli sehari," katanya sambil menambah ia boleh ditebus serendah 500 mata ganjaran. 


Tags / Kata Kunci: AirAsia BIG , BIG Shots , Kamaruddin Meranun
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan