suria

Tokio Marine Perkenal Jenama Baru

KUALA LUMPUR: Tokio Marine memperkenalkan identiti jenama korporat baharu, Tokio Marine Insurance Group, yang terdiri daripada syarikat insurans hayat dan bukan hayatnya di Malaysia.

Tokio Marine dalam satu kenyataan pada Isnin berkata penjenamaan semula itu mencerminkan komitmennya untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya menerusi platform pemasaran tanpa henti sebagai penyedia penyelesaian insurans menyeluruh.

"Tokio Marine menyokong aspirasi pelanggan dengan pendekatan pragmatik kepada objektif mencapai kemajuan peribadi dan dicerminkan dalam 'Arc of Progress' simbol yang jelas dalam kempen jenama," kata syarikat itu.

Laman web korporat baharu Tokio Marine, tokiomarine.com, terdahulu dilancarkan dengan warna jenama baharu.

Kempen penjenamaan semula itu, "Ready For What's Next" bermula di seluruh negara menerusi platform media utama.

Ia menumpukan kepada detik-detik penting dalam kehidupan seseorang dan keputusan yang dibuat mereka dan bagaimana penyelesaian insurans yang ditawarkan oleh Tokio Marine Insurance Group memenuhi keperluan mereka dan cabaran pada peringkat kehidupan yang berbeza.

Penjenamaan semula itu menandakan satu lagi pencapaian penting dalam sejarah Tokio Marine selama lebih 65 tahun di Malaysia. 

Tokio Marine

Artikel Lain