Teratai Tenang Syarikat Bumiputera Pertama Keluar Air Mineral Di Pantai Timur

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 9:37 PM

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Syarikat Teratai Tenang Enterprise Sdn Bhd, menjadi syarikat Bumiputera Terengganu yang pertama menjalankan perusahaan air mineral di Pantai Timur dengan pengeluaran air mineral 'Akiya'.

Pengurusnya, Zakaria Yusoh berkata, kilang air mineralnya terletak di kawasan seluas 6.5 hektar di Kampung Kepah, Kuala Berang di sini dan mengambil masa  enam tahun untuk mengeluarkan air mineral berkualiti.

"Pada awalnya, memang saya tak tahu pun di bawah tanah (tapak) yang saya beli dan dijadikan kilang sekarang ini mempunyai sumber air mineral, tapi selepas mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Geosains, memang benar tanah tersebut terdapat sumber air mineral.

"Membina kilang dan mengusahakan air mineral ini bukan perkara yang mudah, saya menjual tanah serta beberapa aset lain untuk mendapatkan modal sebanyak RM2 juta sebelum mengusahakan air mineral ini yang telah enam bulan beroperasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Roslee Daud ke kilangnya, Isnin.

Zakaria berkata, sebelum dipasarkan, air tersebut telah melalui ujian oleh Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Nuklear Malaysia serta ujian kesihatan dan kebersihan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Dengan bantuan 20 pekerja menggunakan beberapa mesin memproses air mineral separa automatik, kami dapat mengeluarkan 10,000 botol air mineral berkuantiti 500 mililiter (ml) dan 1500 ml sehari yang dipasarkan di seluruh Terengganu serta Klang, Selangor.

Kalau mempunyai mesin automatik sepenuhnya, kami boleh mengeluarkan hingga 43,000 botol sehari," katanya.

Sementara itu, Roslee berkata kerajaan negeri bersama agensi-agensi pembangunan usahawan yang lain sentiasa memantau prestasi usahawan di negeri ini dan sedia memberi bantuan yang diperlukan usahawan.

Tags / Kata Kunci: Akiya , Teratai Tenang , Kampung Kepah

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan