Perjanjian 'Marve-lous' Anak Syarikat Kumpulan Media Star - Marvel

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2015 12:42 PM

Anak syarikat baharu juga akan memegang hak untuk menghasilkan dan mengendalikan perjalanan pameran Marvel The Avengers STATION . -foto Ihsan Victory Hill Exhibitions, LLC

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Kumpulan Media Star , Cityneon Holdings Ltd mendapat hak dalam memberikan perkhidmatan pameran untuk watak-watak terkenal Marvel menerusi perjanjian bernilai S$21 juta yang akan dibiayai melalui gabungan tunai dan saham.

Dalam satu pengumuman pada Khamis, Cityneon yang disenaraikan di Singapura berkata perjanjian dengan Philadelphia Investments Ltd untuk mengambil alih keseluruhan modal saham Victory Hill Exhibitions Pte. Ltd yang memegang hak menjalankan operasi, memasarkan dan mempromosikan pameran Marvel di muzium dan pusat sains atau tempat-tempat lain telah dimeterai.

Watak-watak yang pernah diwujudkan Marvel termasuklah  Hulk, Captain Amerika, Iron Man dan Thor serta Spiderman.

Cityneon, yang merupakan pembekal terkemuka bagi penyelesaian seni bina dalaman, pengalaman persekitaran, acara dan pameran, pada Khamis berkata pengambilalihan hak daripada Victory Hill akan membawanya ke tahap baharu dalam menyediakan perkhidmatan pameran dan memberikan tambah nilai kepada penawaran global.

"Pertimbangan pembelian akan terdiri daripada S$10 juta dalam bentuk tunai dan penerbitan 45 juta saham baharu syarikat pada kadar 20 sen sesaham, selepas pembelian," kata Cityneon.

Bayaran tertunda sebanyak S$2 juta dan bayaran insentif boleh ubah akan dibayar apabila Victory Hill mencapai sasaran keuntungan tertentu pada 30 Jun 2016.

Dua bayaran insentif boleh ubah lagi masing-masing perlu dibayar untuk sasaran keuntungan yang dicapai pada 30 Jun 2017 dan 30 Jun 2018, dan akan dibayar mengikut terma-terma perjanjian S & P.

Victory Hill Exhibitions pada 31 Januari 2013 menandatangani perjanjian perlesenan dengan Marvel Characters B.V  Marvel bagi mendapatkan hak untuk menyediakan perkhidmatan pameran untuk Marvel.

"Berdasarkan penilaian bebas oleh Ernst & Young Solutions LLP  sehingga 15 Januari 2015, nilai saksama pasaran indikatif bagi saham Victory Hill adalah masing-masing dalam lingkungan AS $15.4 juta ke AS$18.4 juta.
   
"Apabila pengambilalihan itu selesai, Victory Hill akan menjadi anak syarikat milik penuh syarikat itu, dengan perniagaan utamanya adalah pembangunan dan pengeluaran pameran.

"Anak syarikat baharu juga akan memegang hak untuk menghasilkan dan mengendalikan perjalanan pameran The Avengers STATION . Pameran ini membawa orang ramai merasai pengalaman apabila mereka dibawa ke dalam dunia The Avengers melalui pameran interaktif, " kata Cityneon.

Victory Hill, bersama-sama dengan rakan kongsinya pertama  kali mengadakan pameran perdana di Bandaraya New York yang diadakan di Discovery Times Square pada 30 Mei 2014.

Pameran itu dijadual berlangsung sehingga 24 Mei 2015, sambil perbincangan berterusan sedang dijalankan untuk pilihan melanjutkannya sehingga Disember 2015 atau Januari 2016.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan