suria

Samsung Lancar Galaxy S6, Galaxy S6 Edge

KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics pada Khamis melancarkan telefon pintar terbaharunya, Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge.

"Dua telefon pintar itu akan memberikan yang terbaik kepada anda dari segi produktiviti dan keselamatan yang maksimum, dengan teknologi KNOX, kadar mengecas yang pantas dan prestasi yang tiada tandingannya," kata Presidennya,  Lee Sang Hoon.

Teknologi KNOX menyediakan perlindungan bagi telefon pintar dan data yang terkandung di dalamnya daripada potensi serangan berniat jahat, katanya pada pelancaran telefon tersebut, pada Khamis.

Telefon pintar Galaxy S6 yang tipis dan ringan (6.8mm/138g) itu berharga RM2,599, manakala Galaxy S6 Edge (7.0mm/132g) berharga RM3,099.

Harga-harga tersebut termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP). 

Samsung

Artikel Sebelum

WAS Dapat Kontrak RM370 Juta

Artikel Berikut

Artikel Lain